Tuesday, August 7, 2018

KATA GANTI NAMA


KATA NAMA > KATA GANTI NAMA


<< KLIK SINI untuk kembali ke halaman sebelumnya
______________________________________________________________
3) Kata Ganti Nama

Merupakan perkataan yang digunakan untuk menggantikan kata nama khas dan
kata nama am.


Kata ganti nama terbahagi kepada:

A)  Kata ganti nama diri                  D)  Kata ganti tunjuk
B)  Kata ganti nama singkat            E)  Kata ganti tempat
C)  Kata ganti nama tanya              F)  Kata ganti tak tentu
__________________________________________________________________

A) Kata Ganti Nama Diri

 1.  Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang.
 2.  Ianya terbahagi kepada tiga, iaitu:
        i) Kata ganti diri pertama
        ii) Kata ganti diri kedua
       iii) Kata ganti diri ketiga 

Kata Ganti Nama Diri     
Tunggal
Jamak
Pertama
(orang yang bercakap)
-  saya                    -  beta               
-  daku                   -  aku    
-  patik                   -  hamba
-  kami
-  kita
Kedua
(orang yang diajak bercakap)
-  awak                   -  kamu        
-  tuan hamba         -  engkau
-  tuan/puan           -  anda
-  saudara/              -  tuanku
   saudari 
-  kalian
-  awak semua
-  kamu semua
-  anda semua
Ketiga
(orang yang dicakapkan halnya)
-  dia                      -  nya
-  ia                        -  baginda      
-  beliau
-  mereka

__________________________________________________________________

B) Kata Ganti Nama Diri Singkat

1.  Digunakan untuk menggantikan nama manusia.
2.  Ianya ditulis bercantum dengan perkataan sebelum atau selepasnya.

Kata Ganti Nama Diri Singkat
Penggunaan
Contoh

ku
a)  Singkatan untuk ‘aku’
b)  Ditulis bercantum di hadapan
      atau di belakang perkataan
a)  Pemberian ini akan kujaga
      dengan baik
b)  Hatiku sungguh gembira

kau
a)  Singkatan ‘engkau’
b)  Ditulis bercantum di hadapan
      perkataan
Jangan kau ulangi perbuatan itu lagi.

mu
a)  Singkatan ‘kamu’
b)  Ditulis bercantum di   
     belakang perkataan
Aku tidak menyangka begitu mulia hatimu.

nya (tunggal)
a)  Singkatan ‘dia’ atau ‘ia’
b)  Ditulis bercantum di   
     belakang perkataan
Jannah menyusun semua bukunya  di rak buku.

__________________________________________________________________

C) Kata Ganti Nama Tunjuk

1.  Digunakan untuk menunjukkan manusia, benda, haiwan, dan tempat.
2.  Terdapat dua kata ganti nama tunjuk:


Kata Ganti Nama Tunjuk
Penggunaan
Contoh
ini
menujukkan hampir atau dekat
Simpan buku ini dengan baik
itu
menunjukkan keadaan yang jauh
Rumah kayu di tepi jalan itu beratap nipah

__________________________________________________________________

D) Kata Ganti Nama Tempat

1.  Digunakan untuk menunjukkan tempat.
2.  Kata ganti nama tempat tersebut ialah sini, sana dan situ.


Kata Ganti Nama Tempat
Penggunaan
Contoh
sini
menunjukkan dekat atau hampir
a) Kami akan berkumpul di sini
     petang nanti.
b) Di sinilah kereta itu
     berlanggar dengan sebuah
     lori.
situ
menunjukkan tempat yang tidak begitu jauh
a) Tanah di situ tidak sesuai
     untuk penanaman getah.
b) Di situ terdapat banyak  
     motosikal dan kereta.
sana
menunjukkan tempat yang jauh atau agak jauh
a) Mereka selalu makan dan
     minum di sana.
b) Di sana ada empat buah  
     rumah kosong.
__________________________________________________________________

E) Kata Ganti Nama Tanya

1.  Digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, tempat, dan bilangan.
     dan disertakan dengan tanda soal '?".

2.  Sekiranya digunakan pada permulaan ayat, kata penegas atau partikel "kah"
     hendaklah disertakan.
3.  Kata penegas atau partikel "kah" tidak perlu digunakan sekiranya kata ganti
     tanya tersebut terletak di hujung ayat.



Kata Ganti Nama Tanya
Penggunaan
Contoh
apa
menanyakan benda atau haiwan
a) Apakah nama binatang itu?
b) Di dalam kotak itu apa?
siapa
menanyakan orang
a) Siapakah yang mengambil pen  
    saya?
b) Orang yangberbaju hijau itu
     siapa?
bila
menanyakan masa
a) Bilakah kamu akan ke Kuala
    Kangsar?
b) Kamu hendak ke pasar bila?
mana
menanyakan tempat dan benda
a) Di manakah rumah Jamal
b) Rumah Jamal mana?
berapa
menanyakan bilangan, jumlah, dan harga
a) Berapakah harga sekilogram
    daging?
b) Harga beg ini berapa?


__________________________________________________________________

F) Kata Ganti Nama Tak Tentu

1.  Digunakan untuk menggantikan manusia, benda, masa, tempat, dan perkara.


Kata Ganti Nama Tak Tentu
Penggunaan
Contoh
apa-apa
untuk benda atau hal yang tidak tentu
a) Beritahu saya apa-apa pun
     yang merisaukan kamu.
b) Tidak ada apa-apa di dalam
     kotak itu.
siapa-siapa
untuk menggantikan manusia
a) Sesiapa sahaja boleh dating
     ke rumah saya.
b) Siapa-siapa yang tidak
     menyiapkan kerja sekolah
     akan didenda.
bila-bila
untuk menggantikan masa
a) Kamu boleh datang pada  
     bila-bila yang kamu suka.
b) Bila-bila sahaja dia akan
     sampai.
mana-mana
untuk menggantikan hal atau tempat
a) Saya tidak ke mana-mana  
     pada petang ini.
b) Kamu pilihlah mana-mana  
     yang kamu suka.

No comments:

Post a Comment

KATA GANTI NAMA

KATA NAMA > KATA GANTI NAMA <<   KLIK SINI   untuk kembali ke halaman sebelumny...