Wednesday, August 1, 2018

KATA MAJMUK MANTAP

Bentuk kata ialah proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.

Kata Majmuk

Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.

Kata majmuk terbahagai kepada tiga :

a)Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji, kebolehubahan
b)Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani, bertanggungjawab, memberitahu
c)Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita
d)Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana

Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok:

a)Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.
Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya.

b)Kata majmuk berbentuk istilah khusus.
Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan.

c)Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih.

Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:

a)dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan.
Contoh :
duka + cita = dukacita
jawatan + kuasa = jawatankuasa

b)perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan.
Contohnya walaupun dan adalah.

c)dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan.
Contohnya uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak milik.

d)dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum.
Contoh :
pindah milik ...dipindahmilikkan
tukar ganti ...ditukargantikan

e)kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum.
Contoh :
campur aduk ...bercampur aduk
temu bual ...ditemu bual

Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, setiausaha.

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja, contohnya alat-alat tulis, balai-balai raya. Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya setiausaha-setiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.

KATA MAJMUK MANTAP


Dalam Bahasa Melayu hanya terdapat beberapa kata majmuk yang sudah dianggap mantap dan utuh dan dieja dalam satu perkataan walaupun pada dasarnya kata majmuk tersebut terdiri daripada dua perkataan. Oleh sebab itu, pelajar perlu menghafal dan mengingatkan kata majmuk mantap ini untuk memudahkan mengesan kesalahan ejaan ditulis secara rapat selain kata majmuk yang disenaraikan di bawah. Peringatan, hanya kata majmuk di atas ditulis rapat dan perkataan lain yang ditulis begini salah dan tidak ada dalam kamus perkataan bahasa Melayu.

1.      antarabangsa
2.                  beritahu
3.                  bumiputera
4.                  jawatankuasa
5.                  kakitangan
6.                  kerjasama
7.                  olahraga
8.                  matahari
9.                  setiausaha
10.           sukarela
11.           suruhanjaya
12.           tandatangan
13.           tanggungjawab
14.           warganegara
15.           pesuruhjaya

Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan di atas, terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum, contohnya:
1. kata nama
peribadi
peribahasa
dinihari
perikemanusiaan
hari bulan

2. kata adjektif
sukacita
dukacita

3. kata sendi nama
kepada
daripada

4. kata hubung
apabila
manakala
padahal
darihal
barangkali
kadangkala
apakala
walhal

5. kata tanya
bagaimana
kenapa


Dengan mengenali kata majmuk mantap, kita dapat mengelakkan kesilapan bahasa, terutama dari segi ejaan. Ingatlah bahawa "kadangkala" yang ditulis "kadang-kala" waima "kadang kala" ialah kesalahan penjarakan aksara yang juga dianggap sebagai kesilapan ejaan.


20 comments:

  1. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Adakah Kepada, manakala ,daripada kata majmuk?

      Delete
  2. So betul la kata majmuk ni dua kata nama yang digabungkan dan dieja sama ada rapat atau jarak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. kata majmuk mantap pula istimewa kerana dieja secara rapat😁

      Delete
  3. πŸ‘️πŸ‘„πŸ‘️

    ReplyDelete
  4. Hi,boleh saya tanya."Peribadi" itu termasuk dalam golongan kata majmuk mantap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata peribadi dieja rapat/cantum kerana kebiasaan kata majmuk yg dieja cantum/rapat. contoh lain, peribahasa,

      Delete
  5. kalau sekaligus pula macam mana ye?

    ReplyDelete
  6. Terima kasih. Saya minta izin untuk menggunakan bahan ini ya.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. maaf,,xperasan,,ade dah matahari tu kata majmuk mantap.

      Delete
  8. Terima kasih.Sangat membantuπŸ‘

    ReplyDelete
  9. hai, adakah tingkah laku merupakan kata majmuk? jika ya, bagaimanakah cara pengejaan tingkah laku yang betul? adakah tingkahlaku atau tingkah laku?

    ReplyDelete
  10. mohon izin share ya. Moga dipermudahkan segala urusan.aamiin

    ReplyDelete
  11. Salam.. adakah walaupun dan adalah kata majmuk - contoh yg diberi dalam (b) perkataan dan fakta yg digabungkan...

    ReplyDelete

KATA GANTI NAMA

KATA NAMA > KATA GANTI NAMA <<   KLIK SINI   untuk kembali ke halaman sebelumny...