Wednesday, August 1, 2018

bentuk kata ganda.

bentuk kata ganda
Bentuk kata ialah proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.

Kata Ganda 

Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang.

Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti dasarnya.

Terdapat tiga jenis kata ganda :

a)Penggandaan penuh
-proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan.

Contohnya pulau-pulau, cantik-cantik, anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih.

b)Penggandaan separa
-proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.

Contohnya kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.

c)Penggandaan berentak
-proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
-Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

i)Penggandaan berentak pengulangan vokal -penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya sayur-mayur, selok-belok, hina-dina

ii)Penggandaan berentak pengulangan konsonan - iaitu penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda.

iii)Penggandaan berentak bebas - iaitu penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.


Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata.

a)Gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. Contohnya meja-meja, bukit-bukau
b)Gandaan sebagai penanda nama haiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan kupu-kupu
c)Gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula
d)Gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuih-muih.
e)Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa.

Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda

Proses penggandaan dalam bahasa melayu ialah proses yang menggandakan (mengulangi) kata dasar.
Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu :
Penggandaan penuh (melibatkan seluruh kata dasar)
Penggandaan separa (melibatkan sebahagian kata dasar)
Penggandaan berentak (berdasarkan rentak bunyi tertentu)

Penggandaan Penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar samaada mengandungi imbuhan ataupun tidak.
Penggandaan penuh yang terjadi pada kata dasar yang tidak ada imbuhan menggandakan seluruh kata dasar.Contohnya :
~ negara-negara   ~ guru-guru
~ pulau-pulau   ~ mandi-mandi
~ buku-buku    ~ suku-suku
~ cantik-cantik ~ minum-minum

Penggandaan Separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.
Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan.
Penggandaan separa boleh berlaku dihadapan atau dibelakang kata dasar.
Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertama dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar.

-lelaki
-jejari
-sesiku
-rerambut
-lelangit

Penggandaan Berentak

Ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.
Dalam pergandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian,maka penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :
Pergandaan berentak pengulangan vokal
Pergandaan berentak pengulangan konsonan
Pergandaan berentak bebas

Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal:

Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu,iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.Contohnya :
~ sayur-mayur
~ kuih-muih
~ selok-belok
~ lauk-pauk
~ gotong-royong

No comments:

Post a Comment

KATA GANTI NAMA

KATA NAMA > KATA GANTI NAMA <<   KLIK SINI   untuk kembali ke halaman sebelumny...