Thursday, August 2, 2018

GOLONGAN KATA

TATABAHASA GOLONGAN KATA



BAB 1 :      GOLONGAN  KATA

Golongan kata dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada 4 golongan utama iaitu :-

  1. Kata Nama      2.  Kata Kerja       3. Kata Adjektif      4. .Kata Tugas
1.1            KATA NAMA

-          Kata nama ialah kata yang menyatakan nama benda, haiwan, manusia dan tempat.
-          Terbahagi kepada 4 jenis iaitu
i.                    Kata Nama Am
ii.                  Kata Nama Khas
iii.                Kata Nama Terbitan
iv.                Kata Ganti Nama

i.                    Kata Nama Am
Kata nama am digunakan untuk menyebut nama benda, haiwan, manusia dan tempat secara umum.

Contoh :

Kata Nama Am
Contoh
Contoh Penggunaan dalam Ayat
Benda
almari, buku, cawan, kereta
Siti suka menonton televisyen
Haiwan
burung, kucing, harimau
Adik suka bermain dengan kucing
Manusia
askar, guru, pelajar, doktor
Pelajar itu sedang bersenam
Tempat
Bandar, klinik, surau, taman
Mereka bersiar-siar di taman bunga.

PERINGATAN : Kata nama am ditulis dengan huruf  kecil kecuali pada awal ayat.

ii.                  Kata Nama Khas

Kata Nama Khas digunakan untuk menyatakan nama benda, haiwan, manusia dan tempat yang tertentu.  Huruf pertama kata nama khas mesti dieja dengan huruf besar.

Contoh :

Kata Nama Khas
Contoh
Contoh Penggunaan
dalam Ayat
benda
Casio, Parker, Proton Waja
Ayah membeli sebuah kereta ProtonWaja
haiwan
Pak Belang, Si Comel, Sang Kancil, Sang Rangkak
Kucing Siti itu bernama Si Comel
manusia
Nabilah, Nazihah, Naufal, Hee Lan, Selvi
Nabilah bekerja sebagai doktor
tempat
Pasir Mas, Machang, Kelantan, Johor Bahru
Keluarganya berasal dari Kelantan
iii.                Kata Nama Terbitan

Kata nama terbitan terbentuk daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama dan kata hubung, dengan diberi imbuhan peN-, -an, ke-..-an, peN-..-an, peR-..-an dan bagainya.


Daripada
Kata Dasar
Kata Nama Terbitan
kata nama
berita, dasar, menteri, pasar
pemberita, daratankementerian
kata kerja
baca, soal, tulis, bangun,
pembaca, soalan, pembangunan
kata adjektif
bulat, manis, jujur, kaya
bulatan, pemanis, kekayaan
kata sendi nama
oleh, untuk
perolehan, peruntukan
kata hubung
kecuali, serta
kekecualian, penyertan

iv.                Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk mengantikan kata nama.  Kata ganti nama terbahagi kepada beberapa golongan, iaitu :-
      Kata Ganti Nama Diri
      Kata Ganti Nama Tunjuk
      Kata Ganti Nama Tanya
      Kata Ganti Nama Tempat
      Kata Ganti Nama Tak Tentu


Kata Ganti Nama Diri

            Digunakan untuk menggantikan nama seseorang.  Kata ganti nama ini digunakan   khas untuk manusia.
            Ada 3 jenis kata ganti nama diri :-

1.      Kata Ganti Nama Diri Pertama
2.      Kata Ganti Nama Diri Kedua
3.      Kata Ganti Nama Diri Ketiga

1.      Kata Ganti Nama Diri Pertama
-          Digunakan untuk diri orang yang bercakap, Kata Ganti nama diri ini terbahagi kepada 2 iaitu :-
  • Bentuk tunggal
  • Bentuk jamak

Bentuk
Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama
Tunggal
saya, aku, beta, hamba, patik
Jamak
kami, kita



2.      Kata Ganti Nama Diri Kedua
-          Digunakan untuk diri orang yang dilayan atau diajak bercakap.

Bentuk
Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua
Tunggal
anda, awak, engkau, kamu
Jamak
Anda sekalian, awak semua, kamu berdua,


3.      Kata Ganti Nama Diri Ketiga
-          Digunakan untuk diri orang yang dicakapkan halnya.

Bentuk
Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua
Tunggal
dia, ia, beliau, baginda
Jamak
mereka


Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

KGN Diri Pertama
Penggunaan
Saya
-          berhadapan dengan orang yang baru dikenali / orang asing
-          dengan teman-teman
-          suasana rasmi
Aku
-          hubungan rapat, mesra, dan sedarjat serta doa kepada tuhan.
-          Tidak boleh digunakan untuk orang – orang tua, majlis rasmi serta surat menyurat rasmi.

Beta
-          Digunakan oleh raja dan sultan
Patik
-          Orang biasa ketika bertutur dengan raja dan sultan.
Kami
-          Merujuk orang yang bertutur tetapi tidak termasuk orang yang menjadi teman berbicara.
Kita
-          Merujuk orang yang betutur dan menjadi teman bertutur.

KGN Diri Kedua
Penggunaan
anda
-          Tidak ada hubungan langsung atau pertemuan bersemuka seperti iklan, surat pekeliling.
awak
-     teman sebaya, atau kawan rapat
engkau
-          Dua pihak yang rapat dan untuk tuhan.
-          Tidak boleh diguanakan untuk orang yang lebih tua umurnya atau lebih tinggi tarafnya.
kamu
-          Digunakan oleh orang dewasa spt ibu bapa, guru kepada kanak-kanak.




KGN Diri Ketiga
Penggunaan
dia / ia
-          Untuk orang biasa kepada umum.
-          Tidak sesuai untuk orang yang berpangkat tinggi
beliau
-          orang yang terhormat, mulia, dan berjasa spt ibu bapa, guru, menteri, pahlawan.
-          Tidak boleh digunakan untuk pencuri, penjenayah, kanak-kanak.
baginda
-          Digunakan untuk raja atau sultan
mereka
-          Diri orang ketida dan bilangannya lebih daripada seorang.

BENTUK KATA GANTI NAMA DIRI

Ada dua bentuk ata ganti nama diri dalam bahasa Melayu iaitu :-

1. Bentuk penuh                      2. Bentuk singkat

Bentuk Penuh
Bentuk Singkat
aku
engkau
kamu
dia / ia
ku
kau
mu
nya
Catatan
  • Kata ganti nama diri singkat mesti ditulis serangkai dengan kata dasar
·         Kata ganti nama diri penuh mesti ditulis terpisah sebagai kata yang berasingan

Kata ganti nama diri singkat ku- dan mu- sebagai awalan pembentuk kata kerja pasif ditulis serangkai dengan kata dasar atau kerja tanpa awalan.

ku-
kau-
ku-
kau-
kubaca
kudengar
kuletakkan
kauambil
kaubawa
kauhadapi
Kupeluk
kurenung
kuterima
kaukatakan
kaunantikan
kuserahkan

Kata ganti nama dri singkat –ku, -mu, dan –nya sebagai objek atau pemilik ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya.


-ku
-mu
-nya
gambarku
htiku
mataku
pandanganku
tanganku
wajahku
ayahmu
bukumu
datukmu
emakmu
kepadamu
suratmu
anaknya
fikirannya
gelengannya
kecacatannya
kepadanya
sekolahnya


Catatan

Kata ganti nama diri singkat –mud an –nya bagi nama Tuhan mengunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang (-)

  • Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhanku.
  • Mereka memohon rahmat-Nya dan petunjuk-Nya.

Peringatan

   Kata ganti nama diri singkat tidak boleh digunakan sebagai subjek.  Hanya kata ganti nama diri penuh boleh bertugas sebagai subjek.

Contoh Kesalahan
Pembetulan
  • Ku pergi sekarang juga.
  • Ku menerima sepucuk  surat pagi tadi.
  • Kau harus membeli buku itu.
  • Aku pergi sekarang juga.
  • Aku menerima sepucuk surat pagi tadi.
  • Engkau harus membeli buku itu.

Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia, dan tempat.
   i.       ini                    Menunjukkan sesuatu yang dekat
   ii.      itu                    Menunjukkan sesuatu yang jauh

Sebagai subjek ayat
Sebagai Penentu
*   Ini buku
*   Itu guru tingkatan saya
* Buku ini kepunyaan saya
* Orang itu guru tingkatan saya.

Kata Ganti Nama Tanya

Digunakan untuk menanyakan benda, haiwan. manusia, masa, tempat dan jumlah atau bilangan. 

Peringatan

Jika kata ganti nama tanya digunakan di hadapan ayat, kata penegas –kah mesti digunakan dalam bahasa tulisan yan baku

KGN TANYA
Penggunaan
Contoh Ayat
apa
untuk benda dan haiwan
Bungkusan itu apa?
Apakah binatang yang bertanduk itu?
siapa
untuk manusia
Guru bahasa Melayu kamu siapa?
Siapakah guru bahasa Melayu kamu?
bila
untuk masa
Hari jadi kamu bila?
Bilakah hari jadi kamu?
mana
untuk tempat dan benda
Tempat tinggal kamu mana?
Manakah yang lebih bernilai, emas atau intan?
berapa
menanyakan jumlah
Harga baju ini berapa?
Berapakah halaman buku itu?


Kata Ganti Nama Tempat

Digunakan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu tempat

Kata Ganti Nama
Tempat
Penggunaan
Contoh Ayat
sini
Tempat yang dekat
Kami sudah bosan tinggal di sini.
sana
Tempat yang jauh atau agak jauh
Mereka selalu pergi ke sana.
situ
Tempat yang tidak begitu jauh
Kawasan di situ sungguh bising.

Kata Ganti Nama Tak Tentu (Ganti Nama Umum)

Digunakan untuk menggantikan benda, manusia, masa, tempat atau hal yang tidak khusus. Kata ganti nama tak tentu terbentuk dengan pengulangan kata ganti nama tanya iaitu :-

Kata Ganti
Nama Tanya
Kata Ganti Nama Tak Tentu
Penggunaan
Contoh Ayat
apa
apa - apa
Menggantikan benda / hal yang tidak khusus
Kami menyokong apa-apa sahaja yang baik
Tidak ada apa-apa di dalam beg itu.
siapa
siapa-siapa / sesiapa
Menggantikan manusia yang tidak khusus
Sesiapa yang melakukan kesalahan akan didenda.
bila
bila-bila
Menggantikan masa yang tidak khusus
Kamu boleh mengambilnya bila-bila masa sahaja.
mana
mana-mana
Mengantikan tempat / hal yang tidak khusus
Mana-mana yang baik, jadikanlah teladan.

Golongan Kata Bahasa Melayu

Assalamualaikum..


Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama.

Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :
- Kata Nama
- Kata Kerja
- Kata Adjektif / Sifat
- Kata Tugas


Kata Nama

Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep.

Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis :

a) Kata Nama Khas

Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga :

i) Kata Nama Khas Hidup Manusia – contoh : Lina, Ahmad, Tun Abdul Razak

ii) Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia – contoh : Tompok, Si Belang, Jalak, Jibrail

iii) Kata Nama Khas Tidak Hidup – Balakong, Proton Saga, Parit Buntar, Pasar Seni, Planet Marikh.


b) Kata Nama Am

Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Ia terbahagi kepada dua : 

i) Kata Nama Am Abstrak – jenis kata nama yang bukan berkonsepkan kebendaan, contohnya roh, angin, kedamaian, kemerdekaan, demokrasi.

ii) Kata Nama Am Konkrit – kata nama yang berkonsepkan kebendaan, contohnya sungai, isteri, bapa, kambing.


c) Kata Ganti Nama

Kata ganti nama terbahagi kepada :

i) Kata ganti nama tunjuk -

- Kata nama yang berfungsi merujuk kepada sesuatu perkara atau benda
- Terdapat dua jenis  : 1. itu ( merujuk kepada benda yang jauh) 
                                  2.  ini (merujuk kepada benda yang dekat)

ii) Kata ganti nama diri – 

- Kata ganti nama yang menjadi pengganti nama sesuatu benda, perkara atau manusia.
- Kata ganti nama diri pula boleh dibahagikan kepada:

1. Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang berfingsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk :
- Siapa :  merujuk kepada orang
- Apa :  merujuk kepada benda atau perkara
- Mana : merujuk kepada benda

2. Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama yang merujuk kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori :
- orang pertama : saya, aku, beta, patik, kita
- orang kedua : saudara, kamu, awak, engkau, anda
- orang ketiga : ia, dia, beliau, mereka, nya.


Kata Kerja

Kata kerja berperanan untuk menunjukan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata kerja dapat dibahagikan seperti berikut:

1) Kata Kerja Transitif : a) Kata Kerja Transitif Aktif
                                     b) Kata Kerja Transitif Pasif 

2) Kata Kerja Tak Transiti : a) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
                                           b) Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

1. Kata kerja transitif 

Kata kerja yang mesti diikuti oleh objek untuk melengkapkan maksud. Objek yang mengikuti kata kerja transitif ialah frasa nama. 

Contoh : - Suhaina menjahit baju kurung untuk adiknya.
              - Emak memotong buah tembikai yang baru dibelinya.
a. Kata kerja transitif aktif 

- kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan menerima awalan ‘men’ dengan atau tanpa akhiran ‘kan’ atau ‘i’. 
- Contoh : - Mastura mencuci pakaian di dalam bilik air

b. Kata kerja transitif pasif 

- kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. Kata kerja yang terhasil dari proses transformasi ayat aktif menjadi ayat pasif akan mewujudkan kata kerja transitif pasif. 
- Contoh : - Pakaian dicuci oleh Mastura.

- Terdapat beberapa cara yang dapat membantu untuk mengenali kata kerja transitif :
  • Mengemukakan pertanyaan ‘apa’ selepas sesuatu kata kerja, sekiranya sesuatu jawapan boleh diperolehi, maka kata kerja tersebut adalah kata kerja transitif. Contoh : mengecat apa ? - mengecat rumah
  • Apabila sesuatu kata kerja diberi imbuhan terlebih dahulu, ini bermakna pada asalnya perkataan ini bukannya kata kerja. Contohnya perkataaan ‘mengecat’ berasal daripada kata nama ‘cat’ selepas menerima imbuhan ‘menge’.
  • Setiap ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mengandungi dua kata nama, ini kerana kata kerja transitif mesti dilakukan oleh seseorang ke atas orang atau benda lain. 
         Contoh : Sulaiman menembak burung gagak. 
                        - Sulaiman : kata nama pelaku
                       - Burung gagak : kata nama objek
                       - menembak : kata kerja transitif
  • Apabila membicarakan mengenai kata kerja transitif, maka perlu diketahui tentang konsep objek tepat dan objek sipi. Dalam sesuatu ayat yang mempunyai kata kerja, ia boleh diikuti oleh dua ayat yang kedua-duanya boleh menjadi objek. 
         Contoh : Abu membelikan kekasihnya seutas rantai emas. 
                       - membelikan : kata kerja transitif
                      - rantai emas : objek tepat
                     - kekasihnya : objek sipi

  • Dalam ayat itu, objek tepat dapat dikenal pasti dengan hanya bertanya ‘apa’ kepada kata kerja yang hadir dalam ayat itu.

2. Kata kerja tak transitif 

Kata kerja yang tidak memerlukan objek atau pelengkap selepasnya. 

a.  Kata kerja tak transitif tak berpelengkap

- Kata kerja tak transitif tak berpelengkap adalah bentuk kata kerja yang paling ringkas, iaitu boleh berdiri sendiri dengan tanpa diikuti oleh pelengkap atau objek. 
- Kata kerja jenis ini boleh terdiri daripada kata kerja dasar (tanpa imbuhan) dan dengan imbuhan awalan. 
- Contoh : terbang, tidur, berlari, berenang.
  • Kata kerja tak transitif dapat dikenali dengan bertanya ‘apa’ selepas kata kerja itu. Sekiranya tidak ada jawapan, maka kata kerja itu adalah kata kerja tak transitif kerana ia tidak ada objek. 
         Contoh : Burung terbang - terbang apa ? (tiada jawapan)
                       Adik berlari - berlari apa ? (tiada jawapan)

b. Kata kerja transitif berpelengkap 

- kata kerja ini perlu diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. 
- Terdapat beberapa jenis pelengkap :
  • Waktu - contoh : Ali duduk sejak tadi.
  • Tempat - contoh : Kakak duduk di atas kerusi
  • Cara - contoh : Ali duduk bersimpuh
  • Sebab - contoh : Dia duduk kerana letih.
- Pelengkap ialah unsur ayat yang berfungsi menyempurnakan maksud ayat. Jikalau pelengkap dalam ayat tidak ada, ayat itu menjadi tidak gramatis. 
- Contoh : Sarah ingin menjadi peragawati
               Amri bertambah sayang kepada isterinya

- Jika tanpa pelengkap : Sarah ingin menjadi …(menjadi apa?)
                                     Amri bertambah…(bertambah apa?)

- Pelengkap hendaklah dibezakan dengan objek. Pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif, manakala objek pula hadir selepas kata kerja transitif dengan tujuan melengkap maksud. Perlu diingat bahawa kata kerja transitif sahaja dapat dipasifkan.

- Bagi mengenali sesuatu perkataan itu kata kerja atau tidak, terdapat beberapa cara :
  •  Kata kerja dapat digandingkan dengan kata bantu. 
           Contoh : minum - sudah minum 
       sebaliknya : baju - sudah baju (tidak memberi makna)

- Kaedah ini amat perlu apabila hendakl membezakan beberapa kata kerja yang kelihatan seakan-seakan kata sifat.

  • Sesuatu perkataan itu diberi imbuhan tertentu seperti ‘ber’, ‘me’, ‘kan’,’i’ dan ‘di’

Kata Sifat / Adjektif

Kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja).

Kata sifat alam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna.

1) Kata Sifat Keadaan
- memberi makna keadaan kata nama yang diterangkan. Contoh : orang jahat, budak pintar

2) Kata Sifat Warna
- membawa makna warna untuk menerangkan kata nama. Contoh : langit biru, bibir merah.

3) Kata Sifat Ukuran
- menyatakan ukuran kata nama. Contoh : perahu panjang, pokok renek

4) Kata Sifat Bentuk
- menerangkan mengenai bentuk kata nama. Contoh : jalan bengkok, mata bulat

5) Kata Sifat Jarak
- menerangkan kata nama dari segi ruang. Contoh : jalan pintas, kawan jauh.

6) Kata Sifat Waktu
- memberi penjelasan konsep masa sebagai unsur keterangan. Contoh : makanan segera, rumah baru

7) Kata Sifat Cara
- membawa makna keadaan kelakuan atau ragam untuk menerangkan kata nama. Contoh : air deras, hujan lebat

8) Kata Sifat Perasaan
- memberi pengertian kepada konsep perasaan yang terkandung dalam sesuatu kata nama. Contoh : suka akan, penuh ragu

9) Kata Sifat Pancaindera
- terdiri daripada yang memberi makna rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh. 
Contoh : makanan lazat (konsep rasa)
              lelaki tampan (konsep pandang)
              suara merdu (konsep dengar)
              minyak wangi (konsep bau)
              kulit licin (konsep sentuh)

Terdapat beberapa cara yang boleh membantu untuk mengenal pasti kata sifat :
  • Kata sifat boleh berganding dengan kata penguat seperti amat dan paling, sama ada diletakkan di hadapan kata sifat atau diakhirnya.
  • Kata sifat diberi imbuhan ‘ter’ dan ‘se’.

Kata Tugas

Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.

Ada 16 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu :

- kata hubung - kata penegas
- kata tanya - kata nafi
- kata seru - kata pemeri
- kata perintah - kata sendi nama
- kata pembenar - kata arah
- kata pangkal ayat - kata bilangan
- kata bantu - kata penekan
- kata penguat - kata pembenda

Untuk memudahkan penghuraian, jenis kata ini boleh dibahagikan kepada empat kelompok:

1) Kata Penyambung Ayat
  • terdiri daripada satu jenis kata tugas sahaja, iaitu kata hubung.
  • Ia adalah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi satu ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.
  • Contoh : dan, atau, tetapi, serta, sebaliknya, serana, supaya, walaupun.

2) Kata Praklausa 

  •  sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang terdiri daripada :
- kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.

- kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa , berapa, bila, bagaimana.

- kata perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.

- kata pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar, betul,

- kata pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan, adapun, alkisah.


3) Kata Prafrasa
  •  sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif.
  • Ia mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, menyendikan, menunjukkanarah dan membilang.
  • terdapat 8 jenis kata prafrasa :
- kata bantu : jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkanmakna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan :

a. kata bantu aspek yang bertugas menerangkan sama ada perubatan itu sudah dilakukan, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Contoh : telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum.

b. Kata bantu ragam bertugas menerangkan kemahuan atau perasaan yang dirasai oleh orang yang melakukan perbuatan tersebut. Contoh : hendak, mahu, hrus, mesti, boleh, dapat.

- kata penguat : berfungsi menguat maksud kata adjektif. Contoh : terlalu, paling, sekali, benar, sungguh, amat.

- kata penegas : juga dikenali sebagai kata partikel. Ia adalah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ada dua jenis kata penegas :

a. menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, -tah, -lah.
b. menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : juga, jua, sahaja, pun, lagi, memang.

- kata nafi : perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa predikat iaitu frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak.

- kata pemeri : ia adalah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh : adalah, merupakan, ialah.

- kata sendi nama : kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari, demi, tentang, seperti, terhadap.

- kata arah : sejumlah perkataaan yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi, antara.

- kata bilangan : sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Contoh : dua puluh, segala, semua, para,banyak, masing-masing.


4) Kata Pasca
  • ia adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah ‘-nya’ , yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
  • Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh : Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
  •  Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari kata nama sebagai kata nama. Contoh : Lajunya 100 km sejam.

jika ada sebarang kemusykilan, boleh tinggalkan komen..mungkin saya boleh terangkan dengan lebih terperinci..

16 comments:

  1. salam...puan, saya nak minta izin guna bahan puan deh

    ReplyDelete
  2. Saya minta izin untuk menggunakan bahan ini. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. SALAM...mohon izin untuk menggunakan nota ini. Semoga cikgu sentiasa diberkati Allah SWT.

    ReplyDelete
  4. saya minta izin menggunakan bahab ini, terimakasih

    ReplyDelete
  5. Saya memohon izin menggunakan nota dan bahan ini ye.

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum.Mohon izin menggunakan Blog tuan ini untuk tujuan membuat rujukan & Pdpr
    Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, mohon izin untuk menggunakan nota ini 😊

    ReplyDelete
  8. Mohon izin guna Moga dipermudakan urusan Dubai akhirat

    ReplyDelete
  9. sya mohon izin guna maklumat dan info yg puan sediakan ya

    ReplyDelete
  10. Mohon Izin gunakan info puan untuk rujukan semua kakitangan jabatan saya

    ReplyDelete
  11. puan nak tanya, kalau kata penguat untuk adjektif shj ke? kalau letak di depan kata kerja mcm 'selalu lari' dia di panggil kata penguat juga ke?

    ReplyDelete
  12. mohon saya copy ya puan. saya akan nyatakan sumber blogspot tuan.

    ReplyDelete

KATA GANTI NAMA

KATA NAMA > KATA GANTI NAMA <<   KLIK SINI   untuk kembali ke halaman sebelumny...