Imbuhan Akhiran
Imbuhan akhiran ada tiga bentuk.
i) Akhiran –an : untuk membentuk kata nama.
ii) Akhiran –kan : untuk membentuk kata kerja yang berupa suruhan orang.
iii) Akhiran –i : untuk membentuk kata kerja.
Latihan Imbuhan Akhiran:
Letakkan akhiran –an atau –kan pada perkataan yang bergaris di bawah.
1. Adik suka menonton rancang kartun.
2. “Zainal, hantar buku-buku ke pejabat saya,” kata Cikgu Amran.
3. Cuci kakak sangat bersih.
4. Sewa bulan rumahnya ialah RM650.
5. Minah, tolong nasihat Lina supaya tidak malas lagi,” pesan Mak Cik Suri.
6. Jumlah simpan adik adalah sebanyak seribu ringgit.
7. Ajar orang tua harus diingati.
8. Jemput kawan-kawan kamu ke rumah kami,” kata ibu.
9. Majalah minggu itu mendapat sambutan yang baik.
10. Sambut Hari Kemerdekaan tahun ini diadakan secara besar-besaran.
No comments:
Post a Comment