Wednesday, August 1, 2018

imbuhan awalan

IMBUHAN AWALAN

Imbuhan Awalan
·         Digunakan untuk mengubah bentuk atau tugas.
·         Terdapat dalam beberapa bentuk.
Awalan  beR-
·         Terdiri daripada imbuhan ber- dan be-
·         Imbuhan ber- digunakan apabila bertemu dengan semua kata dasar kecuali yang bermula dengan huruf r.
·         Imbuhan be- digunakan apabila kata dasar bermula dengan huruf r.
Contoh : beraja, berlakon,berumah
Awalan meN-
·         Boleh terbentuk dalam beberapa gaya, iaitu me-, men-,  meng-, dan menge-,
·         Imbuhan me- digunakan untuk menggabungkan kata dasar l, m, n, ng, ny, r, w, y,
·         Imbuhan mem- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf b.
·         Imbuhan men- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j.
·         Imbuhan meng- untuk kata dasar yang menggunakan huruf g, gh, h, kh, a,e,i,o,u
·         Imbuhan menge-untuk kata dasar yang mempunyai satu suku kata.
Contoh : menari, melawat, membakar, menjahit, menggaru.

Awalan di-
·         Imbuhan ini digunakan untuk membentuk kata kerja pasif dan menukarkan ayat aktif kepada pasif
Contoh: dirakam, digali, dirawat, ditekan

Awalan teR-
·         Digunakan untuk menunjukkan pelbagai maksud
·         Menjadi imbuhan te- jika digabungkan dengan kata dasar yang bermula huruf rryang berikutnya digugurkan.
Contoh : tersepak, tertikam, terasa, terakam.

Awalan  peN-
·         Terdiri daripada pe-, pem-, pen-, peng-, dan penge-.
·         Imbuhan pe- digunakan pada kata dasar bermula dengan huruf l,m,ng,ny,w
·         Imbuhan pem- digabungkan dengan kata dasar c,d, j, sy, z.
·         Imbuhan peng- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf g, h, kh, a,e,i,o,u
·         Imbuhan penge- untuk kata dasar satu suku kata.
Contoh : pelakon, pembunuh, pendakwah, pengganas, pengelap

No comments:

Post a Comment

KATA GANTI NAMA

KATA NAMA > KATA GANTI NAMA <<   KLIK SINI   untuk kembali ke halaman sebelumny...