Thursday, August 2, 2018

Bentuk Kata Ganda

Bentuk Kata Ganda


Bentuk kata ialah proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.

Kata Ganda 

Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang.

Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti dasarnya.

Terdapat tiga jenis kata ganda :

a)Penggandaan penuh
-proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan.

Contohnya pulau-pulau, cantik-cantik, anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih.

b)Penggandaan separa
-proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.

Contohnya kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.

c)Penggandaan berentak
-proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
-Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

i)Penggandaan berentak pengulangan vokal -penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya sayur-mayur, selok-belok, hina-dina

ii)Penggandaan berentak pengulangan konsonan - iaitu penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda.

iii)Penggandaan berentak bebas - iaitu penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.


Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata.

a)Gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. Contohnya meja-meja, bukit-bukau
b)Gandaan sebagai penanda nama haiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan kupu-kupu
c)Gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula
d)Gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuih-muih.
e)Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa.

Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda

Proses penggandaan dalam bahasa melayu ialah proses yang menggandakan (mengulangi) kata dasar.
Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu :
Penggandaan penuh (melibatkan seluruh kata dasar)
Penggandaan separa (melibatkan sebahagian kata dasar)
Penggandaan berentak (berdasarkan rentak bunyi tertentu)

Penggandaan Penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar samaada mengandungi imbuhan ataupun tidak.
Penggandaan penuh yang terjadi pada kata dasar yang tidak ada imbuhan menggandakan seluruh kata dasar.Contohnya :
~ negara-negara   ~ guru-guru
~ pulau-pulau   ~ mandi-mandi
~ buku-buku    ~ suku-suku
~ cantik-cantik ~ minum-minum

Penggandaan Separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.
Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan.
Penggandaan separa boleh berlaku dihadapan atau dibelakang kata dasar.
Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertama dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar.

-lelaki
-jejari
-sesiku
-rerambut
-lelangit

Penggandaan Berentak

Ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.
Dalam pergandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian,maka penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :
Pergandaan berentak pengulangan vokal
Pergandaan berentak pengulangan konsonan
Pergandaan berentak bebas

Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal:

Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu,iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.Contohnya :
~ sayur-mayur
~ kuih-muih
~ selok-belok
~ lauk-pauk
~ gotong-royong

sumber rujukan: Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anda mungkin juga meminati:

  • Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.
  • Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu



      Penggandaan
  • Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu
·         Gandaan penuh
·         Gandaan separa
·         Gandaan berentak
·         Gandaan makna
  • Bagaimana pun ada ahli bahasa yang men membahagikan kata ganda kepada tiga jenis iaitu
·         penggandaan penuh
·         penggandaan berentak
·         pengandaan separa.
Penggandaan penuh
  • Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.
  • Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan, dan kata nama majmuk.
  • Kata yang digandakan ini dipisahkandengan menggunakan sengkang.
Contoh-contoh mengikut jenis kata adalah seperti berikut:
Kata nama tunggal
Alat
alat-alat
Budak
budak-budak
Rumah
rumah-rumah
Murid
Murid-murid
Kura
Kura-kura
Makan
Makan-makan
Tadika
Tadka-tadika

Kata nama terbitan
Ke tua
ketua-ketua
Pe kebun
pekebun-pekebun
Makanan
makanan-makanan
Per satuan
persatuan-persatuan
pe juang
pejuang-pejuang
Ke dutaan
Kedutaan-kedutaan

Penggandaan Berentak
  • Pengulangan kata dasar  mengikut rentak bunyi kata dasar.
  • Seluruh kata nama itu digandakan danbunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang dan diubah.
  • Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
  • Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
  • Penggandaan beretak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula, iaitu:
1.      penggandaan suku kata awal
2.      penggandaan suku kata akhir
3.      penggandaan konsonan
4.      penggandaan bersisipan
5.      penggandaan berakhiran
  • Bagaimanapun, penggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi, atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan.
  • Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-)
Rentak pada pengulangan vokal atau diftong
Cerai
cerai-berai
Hina
Hina-dina
Sayu
Sayur-mayur

Rentak pengulangan konsonan
gunung
Gunung-ganang
susap
Susap-sasap
simpang
Simpang-siur
 
Penggandaan suku kata awal
Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh:
Bukit
bukit-bukau
Warna
warna warni
Batu
batu-batan

Penggandaan suku kata akhir
Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.Contoh:            
Sayur  
sayur mayur
Kuih
kuih-muih
Lauk 
lauk pauk

Penggandaan konsonan
Penggandaan jenis isni hanya mngulkang konsonan dalam kata dasar, tetapi vokalnya berubah.Contoh: 
Gunung
gunung-ganang
Guruh
guruh-garah

Penggandaan bersisipan
Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em- selepas konsonan pertama bentuk ulangannya.Contoh:
Tali
tali-temali
Gunung
gunung-ganang
Jari
jari jemari

Penggandaan berakhiran
Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknannya menjadi pelbagai.Contoh:
Sayur
sayur-sayuran
Biji
Biji-bijian
Barang
barang-barangan

Penggandaan separa
  • Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.
  • Kata tunggal
(a)      Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang dulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a /
Contoh:             
Kata dasar
Penggandaan penuh
Penggandaan separa
laki
Laki-laki
Lelaki
langit
Langit-langit
Lelangit
suatu
Satu-satu
Sesuatu
budak
Budak-budak
Bebudak
siku
Siku-siku
sesiku
  • Kata terbitan
(a)      penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara.
1.      Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalamn dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau atau penggandaan separa depan.
2.      Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang. Pengulangan tetapi dipisahkan dengan sengkang.

  • Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang)
Kata dasar
Kata terbitan
Kata ganda
bual
Ber + bual
Berbual-bual
cari
Ter + cari
Tercari-cari
gila
Ter + gila
Tergila-gila
borak
Ber + borak
Berborak=borak
akan
Se + akan
Seakan-akan

  • Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan)
Kata dasar
Kata terbitan
Kata ganda
anak
Ber + anak
Anak-beranak
kejar
Men + kejar
Kejar-mengejar

Penggandaan Makna
  • Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh:
Ipar
ipar duai
Ipar
ipar lamai
Saudara
saudara mara


Makna Penggandaan
Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu:

a. menunjukkan banyak
buku
buku-buku
ketua
ketua-ketua
jabatan
jabatan-jabatan
gunung
gunung-ganang
bukit
bukit-bukau

b. membentuk nama haiwan
biri-biri
kupu-kupu
kunang-kunang

c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai
langit
langit-langit (menyerupai langit)
siku
siku-siku (menyerupai siku)
orang
orang-orang (menyerupai orang)

d. Menunjukkan pelbagai jenis
sayur
sayur-mayur
kuih
kuih-muih
saudara
saudara-mara

3 comments:

KATA GANTI NAMA

KATA NAMA > KATA GANTI NAMA <<   KLIK SINI   untuk kembali ke halaman sebelumny...