Tuesday, August 7, 2018

Kata Nama Am

Kata Nama Am
1)     Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut
 sesuatu secara am atau umum.
manusia
ayah, ,perempuan kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

2)     Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat 
.

3)     (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4)     Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripadakata asal dan kata nama terbitan.

5)     Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:

buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
6)     Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakanhuruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

No comments:

Post a Comment

KATA GANTI NAMA

KATA NAMA > KATA GANTI NAMA <<   KLIK SINI   untuk kembali ke halaman sebelumny...