Wednesday, August 1, 2018

bahasa melayu zaman baharu

Zaman Baru (Bahasa InggerisNew Age), juga dikenali sebagai Pergerakan Zaman Baru (New Age Movement) dan Kerohanian Zaman Baru (New Age Spirituality) ialah sebuah pergerakan sosial dan kerohanian terpencar dari Barat yang bertujuan mencari "Kebenaran Sejagat" dan pencapaian potensi insan tertinggi setiap individu. Kepercayaan ini menggabungkan usnur-unsur kosmologiastrologiesoterikperubatan pelengkap dan alternatif, pelbagai amalan agamakolektivismealam semulajadi, dan environmentalisme. Kerohanian Zaman Baru disifatkan sebagai pendekatan individu terhadap kerohanian, sambil menolak doktrin dan dogma keagamaan.
Pergerakan Zaman Baru wujud sebagai sebuah entiti pada zaman 1960-an dan 1970-an, tetapi juga dilihatkan mengandungi unsur yang berasal dari akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pergerakan ini smeakin kukuh pada 1980-an, khususnya melalui acara Harmonic Convergence pada tahun 1987. Beraneka amalan dan falsafah Zaman Baru diamalkan oleh pelbagai individu dari merata dunia.
Pergerakan Zaman Baru menerapkan unsur-unsur tradisi kerohanian dan keagamaan silam, baik ateisme dan monoteisme mahupun panteisme klasikpanteisme naturalistik, serta panenteisme dan politeisme digabungkan dengan sains, terutamanya ekologienvironmentalismehipotesis Gaia, dan psikologi. Adakalanya, amalan dan falsafah Zaman Baru memperoleh ilham dari agama-agama utama di dunia, sama ada agama Buddhaagama Rakyat CinaKristianHinduYahudi, dan Sufi; serta kuat dipengaruhi agama Asia TimurGnostikNeopaganPemikiran BaruSpiritualismeUniversalisme, dan esoterik Barat.[1]
Kerohanian Zaman Baru turut disebarkan melalui berbagai-bagai bahan seperti buku, muzik Zaman Baru, kraftangan, dan perkhidmatan perubatan alternatif yang ditawarkan di kedai-kedai, karnival dan pesta Zaman Baru.[2]
Sebilangan unsur asas pergerakan Zaman Baru mula-mula muncul dalam pergerakan metafizik abad ke-19 seperti SpiritualismeTeosofi, dan Pemikiran Baru, di samping pergerakan perubatan alternatif seperti kiropraktik dan naturopati.[3][4] Pergerakan-pergerakan tersebut pula berakar-umbikan TranscendentalismeMesmerismeSwedenborgianisme, dan pelbagai tradisi esoterik atau ilmu ghaib Barat lama, seperti seni astrologi kedapsihiralkimia, dan kabbalah. Idea-idea ini dilariskan oleh hasil kerja pengarang awal abad ke-20 seperti D. H. Lawrence dan W. B. Yeats. Penggunaan pertama The New Age dalam konteks ini didapati dalam buku The Secret Doctrine oleh Madame Blavatsky yang diterbit pada tahun 1888[5] tetapi ungkapan tersebut sudah wujud awal lagi dengan memaksudkan kepercayaan pada kerohanian dan kesenian "New Age" oleh William Blake sekitar tahun 1809 dalam prakatanya dalam Milton: a Poem, dan dicipta oleh ahli mistik Kristian bernama Emanuel Swedenborg pada abad ke-18.
Jurnal mingguan liberalisme dan sosialisme Kristian berjudul The New Age diterbit seawal tahun 1894.[6] Pada tahun 1907, jurnal tersebut dijual kepada sekumpulan penulis Sosialis yang diketuai Alfred Richard Orage dan Holbrook Jackson. Turut terlibat sama adalah H. G. WellsGeorge Bernard Shaw, dan William Butler Yeats. Majalah ini dijadikan forum untuk membincangkan politikkesusasteraan, dan kesenian.[7][8] Dari tahun 1908 hingga 1914, majalah tersebut memainkan peranan penting dalam mempelopori gerakan avant-garde British dari vortisisme hingga imagisme. Selepas tahun 1914, syarikat penerbitan Orage bertemu dengan P. D. Ouspensky, seorang pengikut G. I. Gurdjieff, lalu mula berhubungan dengan Harry Houdini, maka mengurangkan kandungan sastera dan seni untuk memberi tumpuan kepada mistisisme dan topik kerohanian yang lain; majalah tersebut dijual pada tahun 1921. Menurut ulasan Universiti Brown, "The New Age membantu membentuk modernisme dalam bidang kesusateraan dan seni dari tahun 1907 hingga 1922".[9]
Pada pertengahan awal abad ke-20, Edgar Cayce, seorang mistik dan ahli teologi Amerika Syarikat dan juga pengasas Persatuan Penyelidikan dan Kesedaran, membawa pengaruh besar pada apa yang bakal dikenali sebagai pergerakan Zaman Baru. Beliau terkenal khususnya kerana amalan yang bergelar "channeling" (perantaraan).[10] Alice Bailey, seorang pengikut Neo-Teosofi menerbitkan buku Discipleship in the New Age (1944), yang memakai istilah New Age (Zaman Baru) sebagai memaksudkan peralihan dari Zaman Astrologi Pisces ke Aquarius. Istilah ini juga kelihatan dalam esei oleh seniman, mistik, dan ahli falsafah Amerika bernama Walter Russell, yang berbunyi "...this New Age philosophy of the spiritual re-awakening of man..." (falsafah Zaman Baru mengenai kesedaran semula rohani insan ini), juga diterbit pada tahun 1944. Yayasan Findhorn, sebuah komuniti Zaman Baru di Scotland Utara yang diasaskan pada tahun 1962, memainkan peranan penting dalam perkembangan awal gerakan Zaman Baru dan masih giat pada masa kini. Pergerakan di Rusia pula banyak dipengaruhi oleh Nicholas Roerich dan Helena Roerich yang mengajar tradisi Teosofi. Seorang lagi bekas penganut Teosofi, Rudolf Steiner dan pergerakan antroposofinya turut berpengaruh, khususnya di kalangan masyarakat berbahasa Jerman. Di Brazil, penulis Spiritisme bernama Allan Kardec mengadukkan Kerohanian Zaman Baru dengan tradisi rakyat Candomblé dan Umbanda.

No comments:

Post a Comment

KATA GANTI NAMA

KATA NAMA > KATA GANTI NAMA <<   KLIK SINI   untuk kembali ke halaman sebelumny...