IMBUHAN APITAN
Imbuhan Apitan
· Penggabungan dengan kata dasar akan membentuk makna tertentu.
· Terdiri daripada beberapa bentuk:
Apitan meN......-kan dan meN............-i
· Perkataan yang dihasilkan merujuk kepada:
(a) sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain
(b) menyebabkan sesuatu hal itu terjadi
(c) perbuatan
Contoh :
· membasuhkan , mengikatkan, merekodkan,
· melayani, merawati, mengetuai
Apitan ke-..............-an
· boleh membawa beberapa maksud:
(a) menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b) tempat
Contoh :
· kesakitan, keletihan, kemuraman
· kenakalan, kesempitan
Apitan peN-....-an
· merujuk kepada tempat dan perbuatan serta keadaan:
(a) menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b) tempat
Contoh :
· pedalaman, pembunuhan, penginapan,perbarisan, pelabuhan
Apitan di-......-kan, di-.....-i, diper-.....-kan
· Digunakan dalam ayat pasif
Contoh :
· dianugerahkan, ditemui, diperdebatkan
Contoh ayat:
· Murid-murid digalakkan menguasai pelbagai bahasa.
· Adik tertidur di ruang tamu kerana keletihan.
· Acara perbarisan itu tamat pada pukul 1.00 petang.
· Mangsa pembunuhan itu ditemui mati oleh jirannya.
Latihan
A. Letakkan imbuhan pada perkataan di bawah.
1. Kita harus ______________ orang yang lebih tua daripada kita. ( hormat )
2. Salmi ___________akan tingkah laku pemuda itu. (curiga )
3. Ayah ___________seekor lembu pada Hari Raya Aidiladha. (korban)
4. Hanif ___________kasutnya sebelum masuk ke dalam rumah. (tanggal)
5. Rosnah sering menghabiskan masa lapangnya di __________.(pustaka)
B. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
Keberanian bertanyakan menghadiahi menanggalkan permohonan penggunaan membincangkan
kesunyian kesultanan membaiki
|
1. ____________ komputer dapat mempercepat segala urusan khususnya dalam penyimpanan data.
2. Asmat berusaha ____________ basikalnya yang rosak.
3. Mesyuarat yang diadakan akan ____________masalah pencemaran.
4. ___________Zaini untuk melanjutkan pelajaran telah diluluskan oleh majikannya.
5. Adik __________ kasut sebelum masuk kedalam rumah.
6. Ayah ___________ saya sebuah buku cerita.
7. Pihak polis telah memberikan pingat ___________kepada Amar kerana telah membantu mereka menangkap perompak itu tempoh hari.
8. Seorang pemuda __________ arah ke rumah Encik Zahari.
9. Sejak anak-anaknya berpindah ke bandar, Makcik Ani hidup dalam ____________.
10. Salah seorang sultan pada zaman _______________Melayu Melaka ialah Sultan Mahmud Syah.
No comments:
Post a Comment