Wednesday, August 1, 2018

variasi bahasa dan bahasa baku

Variasi Bahasa

Variasi ialah Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.


  • Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.
  • Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar,    bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.
  • Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.
Ragam Bahasa Bebas 

  • Ayat yang tidak gramatis.
  • Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.
  • Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu.
Bahasa Terkawal

  • Ayat yang gramatis
  • Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.
  • Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.
Ragam Bahasa Mesra 

  • Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya.
  • Ciri-ciri lain : Penggunaan gelaran yang tidak lengkap

Bahasa Formal

  • Bahasa yang mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan sama ada dari segi sebutan , sistem imbuhan , binaan dan susunan ayat serta pilihan perkataannya.

Bahasa Slanga


  • Bahasa tidak rasmi, tidak baku.
  • Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.
  • Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.
Bahasa Basahan

  • Juga disebut sebagai bahasa kolokial.
  • Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.
  • Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.

Bahasa Pasar

  • Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu
  • Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.
  • Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.
  • Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).
  • Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.
  • Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.
Bahasa Halus

  • Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.
  • Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan.
  • Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.
  • Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.
  • Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.

Bahasa Kasar

  • Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.
  • Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.
  • Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. 
  • Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.
Dialek

  • variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.
  • Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.
  • Dialek berbeza dari segi:sebutan , gaya lagu bahasa , tatabahasa , kosa kata dan kata ganti diri

No comments:

Post a Comment

KATA GANTI NAMA

KATA NAMA > KATA GANTI NAMA <<   KLIK SINI   untuk kembali ke halaman sebelumny...