Wednesday, August 1, 2018

FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK PADA ZAMAN KERAJAAN MELAYU MELAKA , KERAJAAN ACHEH , DAN KERAJAAN JOHOR RIAU

FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK PADA ZAMAN KERAJAAN MELAYU MELAKA , KERAJAAN ACHEH , DAN KERAJAAN JOHOR RIAU

1. BAHASA MELAYU KLASIK SEBAGAI BAHASA PERSURATAN

1.1. peranan tersebut terbukti apabila terhasilnya pelbagai karya sastera klasik dalam bahasa melayu

1.2. karya-karya klasik tersebut berperanan untuk menguatkan semangat rakyat dalam peperangan, misalnya Hikayat Muhammad Hanafiah

2. BAHASA MELAYU KLASIK SEBAGAI LINGUA FRANCA

2.1. pada abad ke-16 dan dibuktikan daripada Daftar Kata Melayu-Itali memudahkan urusan perdagangan pada masa tersebut

2.2. merupakan bahasa yang paling dihormati antara bahasa negeri Timur yang lain

3. BAHASA MELAYU KLASIK SEBAGAI BAHASA PENTADBIRAN

3.1. menjadi bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan

3.2. digunakan oleh kebanyakkan kerajaan untuk tujuan surat menyurat dalam kalangan raja di kepulauan melayu

3.3. bahasa melayu klasik juga digunakan dalam surat-surat izin perniagaan kepada pihak asing khususnya pedagang.

4. BAHASA MELAYU KLASIK SEBAGAI BAHASA UNDANG-UNDANG

4.1. undang-undang digubal oleh penulis-penulis di istana atas arahan raja dalam naskah undang-undang melayu lama dibicarakan tentang aspek perlembagaan berkaitan kedudukan raja dan pembesar, undang-undang jenayah, perdagangan, dan pertanian

4.2. Antara naskah undang-undang yang ditulis dalam tulisan melayu klasik: undang-undang Melaka,undang-undang Pahang , undang-undang Perak dan undang-undang Johor

5. BAHASA MELAYU KLASIK SEBAGAI BAHASA ILMU

5.1. semasa zaman kerajaan Acheh memperlihatkan cendekiawan melayu menghasilkan karya ilmu dalam tulisan bahasa melayu klasik

5.2. di Acheh, bahasa melayu digunakan dalam penulisan ilmu tasawuf dan falsafah islam tokoh penulis pada zaman tersebut seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani

5.3. karya-karya ilmu agama Islam yang wujud ketika itu seperti Syarab al-Asyikin, Miratul Mukmin, Al-Siratul Mustaqim

No comments:

Post a Comment

KATA GANTI NAMA

KATA NAMA > KATA GANTI NAMA <<   KLIK SINI   untuk kembali ke halaman sebelumny...