Kata Majmuk
TOPIK 8 : KATA MAJMUKBentuk-bentuk kata majmuk:
1. Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contoh:
Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.
2. Kata Majmuk berbentuk istilah khusus.
Contoh;
3. Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa) Contoh:
Bentuk ejaan kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.
Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim dieja bercantum. Contohnya:
Penggandaan Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu kata sahaja. Contohnya:
Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Contohnya : guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar, Setiausaha Politik.
Kata Majmuk yang merupakan istilah khusus.
Contohnya : garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka bentuk.
Kata Majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.
Contohnya: tumbuk rusuk, gulung tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang.
Selain itu, kata majmuk yang ditulis akan berubah menjadi kata majmuk yang ditulis serangkai apabila menerima apitan , misalnya pengenalpastian, disatupadukan, menandatangani, melipatgandakan dan dikuatkuasakan.
Cara Mengenal Kata Majmuk
Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara perkataan yang membentuk kata majmuk, contohnya:
• Tandatangan tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk tanda yang tangan.
• Urus setia tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk urus yang setia. Kakitangan tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk kaki dan tangan Tanah air tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk tanah dan air.
Selain itu, kata majmuk mempunyai makna yang tertentu, yang berbeza daripada kata-kata asal yang membentuk kata majmuk tersebut. Misalnya:
• Sapu tangan merupakan kata majmuk kerana merujuk kepada kain segi empat dan berlainan daripada makna biasa sapu dan tangan.
• Bumiputera yang membawa makna tertentu yang terdiri daripada dua kata dasar bumi dan putera.
Golongan Kata Majmuk
Kata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut ini.
Kesilapan dalam ejaan kata majmuk berganda.
Penggandaan unsur pertama akan dieja terpisah dan penggandaan hanya berlaku pada unsur pertama sahaja.Surat-surat khabar dijual di kedai itu. (√) Ibu bapa-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. (X)
Ibu-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. (√)
[NOTA] JENIS-JENIS KATA MAJMUK1/09/11
Kata Majmuk Umum
Kata majmuk umum terbahagi kepada:
i. Kata majmuk biasa - yang terdiri daripada rangkai kata bebas
Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari, gambar rajah, jalan raya, kapal terbang, meja tulis, air hujan, terima kasih, luar biasa, kuning langsat
ii. Kata Majmuk Gelaran
Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar, Ketua Setiausaha Negara, Raja Muda
Kata Majmuk Istilah Khusus
i. Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.
Contoh:
Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja, mogok umum, program bahasa, batu kapur, atur cara, kemas kini, urus setia, reka bentuk, pita suara
Kata Majmuk Kiasan
i. Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud lain selain maksud sebenarnya, misalnya:
Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin , lipas kudung dan lain-lain.
Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap.(lihat lampiran 1 di bawah)
Lampiran 1 Bentuk Kata Majmuk yang telah Mantap
Pengimbuhan Kata Majmuk
Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi akan dieja/ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan (imbuhan), seperti contoh pada jadual di bawah:
Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah.
Penggandaan Kata Majmuk
Melibatkan unsur pertama kata sahaja. Contoh:-
alat-alat tulis gambar-gambar rajah
balai-balai raya kapal-kapal terbang
suku-suku kata garis-garis pusat
Menteri-Menteri besar Penolong-Penolong Pendaftar
|
No comments:
Post a Comment